Pages

Thursday, 7 March 2013

Kehilangan: Cinta Yang Pergi



Assalamualaikum…

Cinta terlalu sukar untuk di cari. Tapi sekali kau jatuh cinta sampai mati kau akan cinta seseorang tu.
Great ! aku dalam situasi ini sekarang. Owh sakitnya bila kehilangan insan yang kita cintai.

*Perginya Cinta

Dia yang pernah bersusah payah bersama kita satu ketika dulu, mengharungi suka duka bersama, mencorak angan angan mimpi supaya menjadi kenyataan. Tapi apakan daya, angan angan itu hancur di tengah dataran hutan rimba yang penuh onak dan duri. Antara kita telah banyak terluka dek duri terebut. Lalu kau dan aku memilih untuk melupakan segala janji dan harapan yang pernah tercipta antara kita.
Saat ini aku terlalu ingin bersama dia. Mendengar kisah kisah lucu hidup, lalu aku ketawa terbahak bahak kerana teribur.
Owh rindunya saat itu.


 *Alone
 Dia yang selalu tersenyum di saat masalah datang melanda, dan senyuman itu menjadikan aku sasau sesorang. Manisnya !

Nak je aku jerit kat satu dunia ni yang aku terlalu sayangkan dia, cintakan dia separuh mati. Tapi siapalah aku untuk bersuara. Demi menjaga hati semua orang aku lebih rela diam. 

Dia yang sentiasa ada di belakang aku saat diri tak terdaya, dia yang selalu memimpin tangan aku saat aku tak mampu tuk berdiri. Dan dia jugaklah yang menjadi kawan dan sahabat yang paling memahami tatkala semua orang tidak pedulikan aku.

 Ya’allah kuatkan aku untuk terima semua ini.

Sukarnya untuk aku lupakan sebaris nama dia di hati. Kenangan bersama seolah olah sengaja berulang tayang di ruang minda dan terenti pada hati yang resah ini.

*Za-rul. Izinkan aku menyayangi kau dari jauh, tanpa kau tahu isi hati ini :)…
 

Lots of love: izaruldasaki92

Wednesday, 6 March 2013

Why: Risau Tahap Gaban!!!


Assalamualaikum...

Alahai, update blog pon malas so tak heran la law blog ni memang tak wujud. Orang ada blog kita pon nak ada blog jugak tapi pemalasnya yang amat! Blog ni ibarat hidup segan mati tak mau lorh. hoho. 

Erm ok la start ari ni aku janji every single thing yang aku lalui, every pengalaman dan harapan yang ada akan aku share kat sini.Ewah, Boleh percaya ke?

Cukup sekadar meluahkan isi hati kat sini tanpa melibatkan orang lain untuk disandarkan bahu bila aku tak kuat. Kadang2 berkata2 melalui pena tak sama dengan berbicara face to face walau kawan baik sendiri sekalipun :).


Ok la, hari nie tak de pape pon nak merepek just meluahkan apa yang terbuku di hati. Banyak la ko kan, bosan la cam da tak de citer lain. hoho. 

Sori la, empunya diri memang camni suka sangat citer sal sal diri sendiri. haha

Erm, ramai dah yang taw sal isu kat lahad datu kan. Heboh satu malaysia tentang berita tergempar ni. Aku pon tak taw ape yang patut aku komen pasal hal tu. Tapi aku as a bangsa melayu dan warganegara malaysia cukup2 sedih, terkilan dan kesal dengan ape yang sedang berlaku sekarang ni. 

Moga allah sentiasa di sisi kita, lindungi negara kita yang telah lama merdeka ni. Kepada pejuang2 negara yang terkorban, di sisi allah kau syahid di jalanNya. amin.

seyesly, bila aku dengar sal isu ni aku jadi takut. Risau yang amat sangat. Sebenarnya ex aku dulu seorang tentera. sejak clash ari tu aku jarang sangat contact dia. Tapi bila dengar sal ni cepat je tangan sent mesej kat dia. k meh nak tunjuk mesej tu.



aku: assalamualaikum, awak ada kat mana skunk?

ex: waalaikumusalam. ada kat Port dickson. nape ep?

aku: alhamdulillah. mujo la.

ex: alhamdulillah. tapi law nama naik kena g perang jugok ;-).
*Erk, dia taw ke ape ni yang aku tengah risaukan dia?
 
aku: erm,isaula. da ada ke kawan yang p sane?

ex: stakat ni kawan2 dari sabah ada lagi kat sini. tengokla dalam 2 3 hari lagi.

aku: :-) k doa dari jauh.G9, assalamualaikum.

ex: doa syahid k ;-). thanxs. waalaikumusalam.
*panggg! rasa cam nak pitam time tu jugak. hoho. 


ok.aku risau ! the end. haha. 


Tuesday, 5 March 2013

It's All About: Sejarah Blog 'Seindah Salju Cinta Kita'



Assalamualaikum… 



Maaf  andai blog ini macam sampah. Tapi aku yakin mmg x ada yang membacanya sebab  blog aku ni macam hampeh jew. Syok sendiri lak si empunya blog ni kan, membebel ntah pape.

Huhu. Wait ! erm, mesti orang pikir aku ni ntah pape je kan. Sedangkan tulis blog cam haram.

Tapi kan law korang nak taw blog ni terhasil bukan kerana ingin mendapat nama @ wateva lah yang ada kena m’ngena. Ia terhasil atas rasa hati yang merasakan ianya perlu buat diri sendiri.

Dimana pernah suatu ketika dahulu time kecik kecik dalam darjah 6 gitu, aku dah mula menulis diari peribadi. Dah ada diari sendiri derrrrr ! jiwang si budak darjah 6 katakan. Haha. 

Btw blog ni aku jadikan sebahagian daripada sisi hidup aku dimana rutin2 harian aku catat kat sini. Senang nak jaga law nak di bandingkan dengan hanya menulis di buku takut nanti risiko buku tu hilang, Then ada yang jumpa. Sedih lak aku. Hoho.  

url Blog ni diberikan nama khas iaitu http://izaruldasaki.blogspot.com. 

Actually, url blog ni terhasil daripada gabungan dua nama iaitu gabungan nama aku dengan ex aku dulu. Blog ni yang sebenar2 nya aku dedikasikan untuk dia yang pernah mengisi ruang hati ini suatu masa dulu.  

p/s : jgn pernah persoalkan keikhlasan hati ini, kerana ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan dalam kegelapan malam  :)