Pages

Sunday, 9 June 2013

Tersedar Aku Dari Angan2 Mimpi


Assalamualaikum



Dalam kesibukan mengejar cita-cita aku seakan tersedar
tersedar dari mimpi yang aku sendiri cipta
Mimpi dan angan-angan yang tak berkesudahan
juga tidak aku tahu di mana hentian terakhirnya
Aku seakan lupa siapa diri aku
terlalu alpa dengan cinta dunia yang sementara
padahal aku tahu akhirat jua yang kekal selamanya

tersandar kaku pada dinding sepi
termenung mengingati kembali arah hidup yang terumbang-ambing
perjalanan yang berlandaskan cinta duniawi semata-mata
Allahhurrabbi !



mengenang dan menghitung kembali dosa-dosa silam yang berpanjangan
tiba-tiba hati ini menjadi sayu
ada sendu hiba dalam diri
jiwa ini bergetar
hadirnya resah yang tak henti-henti
Air mata penyesalan jatuh jua
Lidah kelu tidak terkata
hati luluh terasa
diri terkulai layu di pembaringan sesalan

Aku tercari-cari sedikit kekuatan
 kekuatan untuk aku jadikan senjata dalam mencari jalan pulang
Aku bangkit dari rasa yang terpuruk untuk menyahut seruan Allah yang Esa

Terjatuh aku dalam sujudMU yang panjang
menangis di perdu kasihMU
dengan rendah dirinya memohon keampunan atas segala  dosa-dosa lalu

Ya’Allah
bersyukur padamu kerana hati ini kembali merasa kasih dan cintaMU
Engkau segalanya
penyembuh luka merawat kekecewaan yang berpanjangan
Aku bangkit kerana ENGKAU ada

Friday, 29 March 2013

Kafe Hello Kitty kat KorEA !

Assalamualaikum...

korang, sape minat GILA kat Hello kitty? meh tengok ni! 
kafe ello kitty, ada kat korea. 
terletak kat sini, Hong Dae (Hong Ik University Station, Subway Line 2). 
 ada sape pernah sampai  tempat ni tak? hahaha


ni rupa bentuk jika dilihat dari luar kafe. comel giler.


ni plak tanda arah, panduan tuk ke kafe hello kitty yang comel ni.


 ok, ni tempat cashier dye


ni plak interior dalam dia. tempat lepak2 sambil nikmati kopi.


aarrrrrrrggggggghhhhhh ! asal ko comel gila kitty? nak yang camgini satu. topping dia cute sgt.



*comel gila. sumpah, ni yang buat aku rasa macam nak bukak kafe sendiri sebijik camni kat malaysia. boley tak agak2? hahahaha

rasa macam nak  gi korea la plak! *Bajet cam banyak duit, huuuuuwaaaaa :(



p/s: sumber, copy paste dari http://www.akademifantasia.org
fb: akedemi fantasia travel

Entah Betul Ke Tidak !

assalamualaikum...
Tengok menda alah ni jap. ntah betol ke idak tak taw la. saje nk try. meh tengok sesama, mengiya dan menidakkan bersama ok :)

 
 

 12 Disember hingga 21 Disember – Maroon

ok, aku amek rate aku punya tarikh lahir je, 15/12  warna Maroon. ohoho ni bukan feberet kaler aku ! 
ni dia gitaw :

1) digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri.
     *yeke? erm bijak tu xlah sangat, boleyla membaca dan mengira sikit2. aahaaaa ! ntah sampai skrang aku sendiri tak tau apa yang terbaik tuk diri aku weyh. hoho

2)  suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. 
     *oit, mane ada ! aku kalau buat sesuatu tu memang la ikut kehendak diri tapi hati aku baik, still lagi pedulikan perasaan orang lain walau perasaan sendiri terluka taw. ayat poyo aku k, tiup belon naik sendiri, ngeeeee.

3)  Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan! 

         * alahai, mcm tak taw akulah yang paling setia bila bercinta ni. setia sampai hujung nyawa k, hoho.
         *aku memang sabar. aku tunggu je mamat2 ensem yang usha aku mintak couple. biar dieorang cakap dulu, luah isi ati kat aku then barula aku terima. walaupun aku ada perasaan pada dia tapi selagi dia tak mulakan aku takkan cari padah. buatnya si mamat tu da ada pemilik ati dia nanye aku. haru jadinya nanti. buat malu je kan. errrrkkk, menjawab soalan ke tidak aku ni. hahahaha

korang law nak tengok, bukak page sini :

Meski hati terluka,aku akan tetap tersenyum.

*aku malas nak copy detail. heeeee.
 

P/S: saje tuk suka2. mood final, tapi pemalas yang amat. malas nak studi. rabbi yassir, wala tuassir, ya karim. moga allah permudahkan segala urusan kita. AMIN.....