Assalamualaikum...
Sukarnya melupakan insan yang pernah bertahta
di hati satu ketika dahulu. Susahnya mengikis kenangan yang pernah tercipta. Payahnya mengusir bayangan wajah dia dari segenap ruang hati. Sakitnya
bila rindu itu tetap ada, perihnya saat sayang itu hanya tertumpah buat diri
dia.
ya'Allah, bantulah diri ini mengusir jauh
bayangan dia dari hati ini. Aku tahu cinta Mu mengatasi segalanya lalu aku
memohon izinkan hati ini mencintai Mu tanpa ada cinta insan lain. Izinkan cinta
Mu membutakan cinta aku pada diri nya. Sesungguhnya aku ingin hidup dengan
cinta Mu yang kekal dan tak pernah ada penghujungnya.
Kau hadirkan dia untuk menguji sekuat mana
hati ini. Melihat sejauh mana diri ini mampu bertahan. Kau hadirkan rasa sayang
untuk dia dalam hati ini, dan bila aku mulai jatuh cinta dan sepenuhnya
menyayangi dia kau hadirkan aku ujian, dugaan untuk aku mencari siapa diri
aku yang sebenarnya. Namun aku tahu, aku percaya pada cinta Mu. Kau hadirkan
dia seketika untuk aku percaya tentang kewujudan cinta. Kau tarik balik cinta
itu kerana kau takut aku mencintai dia lebih dari aku mencintai Mu
ya'allah.
Sesungguhnya, aku merancang tapi dalam masa
yang sama engkau juga turut merancang untuk hamba Mu. Dan semestinya perancangan
Mu itu adalah yang terbaik untuk diri ini. Terima kasih ya'allah, kau hadirkan
dia yang baik untuk menyedarkan aku bahawa cinta Mu mengatasi segalanya. Kau
hadirkan dia untuk aku melihat sebuah cinta yang harus berlandaskan cinta
dan agama Mu.
Aku bersyukur Ya'allah. Kau sedarkan aku
bahawa mencintai tak semestinya memiliki. Terkadang mencintai itu adalah
merelakan dia pergi. ya'Allah,
jagakan dia untuk diri ini. Lindungi dia walau di manapun dia berada. Bantulah
aku untuk mengusir baki2 rasa cinta yang masih bersisa terhadap dirinya. Aku
hamba Mu yang lemah, lagi hina untuk mencintai seseorang tanpa meletakkan cinta
Mu di tempat paling tinggi.
p/s: mencintai seseorang adalah anugerah
terindah. Namun akan tetap indah jika cinta itu kerana allah. Dan melepaskan
orang yang kita sayang kerana cinta allah adalah keputusan yang paling tepat
kerana satu masa nanti allah akan hadirkan balik rasa cinta itu jika
sememangnya telah tertulis di luh mahfuz dia adalah pasangan kita. trust allah
decision. lots of love :).
No comments:
Post a Comment