Pages

Wednesday 12 June 2013

Kenangan!!


Assalamualaikum.

Tak ada siapapun yang mahu hidup dengan kenangan silam kan. Samalah macam aku ! hoho. Kalau boleh biarlah kenangan itu berlalu pergi dan menghilang terus dari ingatan kita.

Namun siapalah kita untuk menidakkan semua itu. Kenangan tetap akan selamanya menjadi kenangan kan. Hey hey, bukak hati dan look forward syaza. Tak mungkinla kau hidup tanpa belajar dari masa lalu. Biarkan kenangan itu tersimpan kukuh dalam memori kita. Satu hari nanti kenangan itu akan pergi jua seiring dengan masa dan usia kita.




Erm, kenangan oh kenangan. Susahnya hidup tanpa mengingati kau walau hanya sesaat. Tapi aku bersyukur hari ini kerana kenangan itu menjadi memo terindah walau sesekali hati ini menangis bila mengingatinya kembali.

 Yup, kenangan antara kau dan aku. kekasih hati yang pernah mengisi ruang hati ini. Maafkan aku kerana di hati ini masih lagi ada dirimu. Bukan aku tak cuba untuk melupakan akan tetapi masa seolah olah menghalang. 

Mungkin satu saat nanti bila aku mula temui cahaya cinta yang selayaknya, maka saat itu aku mungkin akan mula melupakan dirimu. Sesungguhnya aku tak ingin hidup di hantui masa lalu. Aku ingin bebas berlari tanpa bayang bayang silam lagi dan aku yakin kau juga sama seperti aku, Kerana kau dan aku berhak bahagia walau tak bersama kerana kebahagiaan itu tetap ada untuk semua.

Sunday 9 June 2013

Tersedar Aku Dari Angan2 Mimpi


Assalamualaikum



Dalam kesibukan mengejar cita-cita aku seakan tersedar
tersedar dari mimpi yang aku sendiri cipta
Mimpi dan angan-angan yang tak berkesudahan
juga tidak aku tahu di mana hentian terakhirnya
Aku seakan lupa siapa diri aku
terlalu alpa dengan cinta dunia yang sementara
padahal aku tahu akhirat jua yang kekal selamanya

tersandar kaku pada dinding sepi
termenung mengingati kembali arah hidup yang terumbang-ambing
perjalanan yang berlandaskan cinta duniawi semata-mata
Allahhurrabbi !



mengenang dan menghitung kembali dosa-dosa silam yang berpanjangan
tiba-tiba hati ini menjadi sayu
ada sendu hiba dalam diri
jiwa ini bergetar
hadirnya resah yang tak henti-henti
Air mata penyesalan jatuh jua
Lidah kelu tidak terkata
hati luluh terasa
diri terkulai layu di pembaringan sesalan

Aku tercari-cari sedikit kekuatan
 kekuatan untuk aku jadikan senjata dalam mencari jalan pulang
Aku bangkit dari rasa yang terpuruk untuk menyahut seruan Allah yang Esa

Terjatuh aku dalam sujudMU yang panjang
menangis di perdu kasihMU
dengan rendah dirinya memohon keampunan atas segala  dosa-dosa lalu

Ya’Allah
bersyukur padamu kerana hati ini kembali merasa kasih dan cintaMU
Engkau segalanya
penyembuh luka merawat kekecewaan yang berpanjangan
Aku bangkit kerana ENGKAU ada