Assalamualaikum.
Tak ada siapapun yang
mahu hidup dengan kenangan silam kan. Samalah macam aku ! hoho. Kalau boleh
biarlah kenangan itu berlalu pergi dan menghilang terus dari ingatan kita.
Namun siapalah
kita untuk menidakkan semua itu. Kenangan tetap akan selamanya menjadi kenangan
kan. Hey hey, bukak hati dan look forward syaza. Tak mungkinla kau hidup tanpa
belajar dari masa lalu. Biarkan kenangan itu tersimpan kukuh dalam memori kita.
Satu hari nanti kenangan itu akan pergi jua seiring dengan masa dan usia kita.
Erm, kenangan oh
kenangan. Susahnya hidup tanpa mengingati kau walau hanya sesaat. Tapi aku
bersyukur hari ini kerana kenangan itu menjadi memo terindah walau sesekali
hati ini menangis bila mengingatinya kembali.
Yup, kenangan antara kau dan aku. kekasih hati yang pernah mengisi ruang hati ini. Maafkan aku kerana di hati ini masih
lagi ada dirimu. Bukan aku tak cuba untuk melupakan akan tetapi masa
seolah olah menghalang.
Mungkin satu saat nanti bila aku mula temui cahaya
cinta yang selayaknya, maka saat itu aku mungkin akan mula melupakan dirimu.
Sesungguhnya aku tak ingin hidup di hantui masa lalu. Aku ingin bebas berlari
tanpa bayang bayang silam lagi dan aku yakin kau juga sama seperti aku, Kerana kau dan
aku berhak bahagia walau tak bersama kerana kebahagiaan itu tetap ada untuk semua.
No comments:
Post a Comment