Pages

Tuesday, 23 July 2013

Perginya Sahabat Lama :(


Assalamualaikum...

Terjaga aku dari tidur, terus tangan mencapai handphone sambil meneliti jam di skrin. 5 pagi. Jam begini adalah rutin harian aku bangun untuk bersahur.

Tatkala itu, mata sekilas lalu terpandang akan notificataion  handphone. I got 3 missed call n yet ada 1 mesej. Membaca mesej itu sahaja telah membuatkan aku hampir terduduk. 

"ex clasmate aku telah kembali menemui sang penciptanya"

Saat itu tiada kata yang mampu aku ucap, terkejut dengan berita pemergiannya. Cerita di sebalik itu masih samar2, sampaila aku nekad bukak fecebook tengok dekat wall. Rupanya dia terlibat dalam kemalangan bersama 4 lagi rakan yang lain dan semestinya aku kenal.

Perasaan sedih mula menyelubungi diri. Niat untuk bersahur aku lupakan, seakan -akan tidak ada  hati untuk menjamah walau hanya sekeping roti dan air kosong. 

Hati aku kosong! tak mampu untuk berfikir. Namun aku gagahkan kaki ke kelas pagi itu. 

Berita yang aku dengar ialah dieorang berlima dalam perjalanan dari tanah merah nak balik ke rumah, dekat lebuhraya tanah merah-pasir mas, area kampung Galok berlaku insiden yang meragut nyawa  rakan sekelas aku yang mana time tu dia yang drive. Dia meninggal di tempat kejadian manakala 4 lagi rakan-rakan yang lain kritikal dan tidak sedarkan diri di kejarkan ke hospital KB.

Aku terus menunggu khabar yang lain, sambil hati tidak putus mengaharap akan ada kesembuhan buat mereka. Namun ternyata Allah lebih menyayangi mereka. 2 orang lagi pergi dan 2 orang lagi masih kritikal.

Ajal dan maut di tangan tuhan. Aku terima dengan redha. Semoga mereka yang pergi di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman.

lots of love, izaruldasaki :)




Kehidupan Sebagai Full Time STUDENT


Assalamualaikum...

Dari kita lahir pendidikan secara tidak langsung telah bermula. Di pangkuan ibu dan ayah kita mula bertatih untuk bangkit.

kita belajar bagaimana untuk berjalan, walau sesekali terjatuh namun kita bangkit kembali, jatuh dan bangun kembali dan seterusnya * sape rajin sila sambung :D

Sedar tak sedar kita dah meningkat dewasa. Usia banyak mematangkan kita. Hari-hari kita lalui banyak memberi pengalaman buat diri.

Kita dah melepasi zaman kanak2 rebina bila dengan rasa hormatnya kita dah tak perlu lagi merengek2 early in the morning sebab tak nak pergi tadika. Menangis bila 1 st day mak hantar masuk darjah 1 and yet ada yang menangis sebab kena tinggal kat hostel masa form 1. * ada ok camtu!

Now, semua tu dah tak ada lagi. Kita da besar, pandai jaga diri, jauh  dari mak ayah. Dalam erti kata lain kita semua dah mula berdikari.

Bergelar sebagai student universiti and kolej jauh bezanya jika dibandingkan dengan kehidupan zaman sekolah dulu-dulu. Kat universiti semua benda kita kena buat. Tak ade lagi cikgu-cikgu yang baik hati and sporting.

Yela kat sini who care kau nak datang kelas ke tak, takde sape nak marah. Tertinggal chapter ke, tak siap assingmnet ke itu kau punya hal. Lecturer just do their job, give you carry mark at the end of semester. Kalau rajin datang kelas, perform elok tinggi la kau punya potensi untuk score A final paper tapi law pemalas, tak datang class plak tu, erm kau tunggu la bahagian kau. Repeat paper la gamaknya! (Nauzubillah)

Aku final year student at diploma in Banking :D. Lol, dah lama aku study kat sini tapi baru sekarang nak cakap kat entry ape kes! *UiTM Kelantan ok.

Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab dah sampai ke tahap ini. Moga Allah permudahkan perjalanan aku dan kengkawan yang lain. Degree plak menanti kat depan. Belajar dan terus belajar. 

Inilah kehidupan sebagai full time student, kena rajin belajar walau tak de orang  suruh sebab ini universiti bukan sekolah menengah yang ada cikgu nak bagi nasihat bagai.

Lots of love :)

izaruldasaki.blogspot.com 

Saturday, 13 July 2013

Just wonder: masih ada ke "EX" jadi "BESTFRIEND"



Assalamualaikum…

Everyday, every night, every time … thinking of you tak henti henti. Kalaulah awak tak pergi mungkin saya tak gila macam ni. Arghh!

Ade ke girls and boys yang jadi ‘best friend’ ever after dengan bekas kekasih dia? I wonder…ermmm.




Awak mintak saya jadi kawan baik awak lepas kita break up. Kata awak kita jadi kawan, tapi mesra. Ala macam lagu ‘teman tapi mesra’ tu. Ok, rasa macam nak hentak je kepala awak kat dinding. Kasi repair sikit bagi ok.

Betapa susahnya nak terima kenyataan yang awak dan saya dah takde pape Inikan pulak nak kena terima awak as a friend. Memang susah!

Tapi takpe, sebab saya masih tak mampu kehilangan awak saya terima. Ye..terima walau hati menangis tidak rela. Saya berpura pura ok di depan awak. Saya buat awak rasa yang saya adalah kawan baik awak. Padahal, hati saya ‘remuk redam’ macam kena hentak dengan ‘batu lesung’.

Awak takkan rasa macam mane sakitnya saya bila berdepan dengan awak. Cara awak layan saya, Sifat ‘caring’ awak tu buat hati saya kembali ‘melting’! sume tu buat saya kembali terkenang first2 kita couple dulu.

Awak, tanyela sesape pon pasti dia akan sependapat dengan saya. Takkan ade sesape pon yang buley terima ex dia as a friend, trust me!

Sifat seorang pompuan ni ialah hati dia terlalu lembut. Macam kapas. Bila ada yang caring sal dia mulalah dia jatuh hati. Samala macam saya! Itu yang saya rasa.

 Tapi, bila saya kembali kepada kenyataan, saya mula menangis sesorang. Menangis sebab kita dah takde pape dan tak mugkin macam dulu. Sakitnya saya rasa. Seakan terlalu sukar untuk saya lalui. Tapi saya mesti kuat, tabahkan hati untuk terima suratan ini sedikit demi sedikit.

#kekuatan ini hampir rapuh. Moga akan ada sinar mentari di ufuk senja untuk saya terus mengharap.

Lots of love: izaruldasaki92

Sunday, 7 July 2013

"Serikkah" aku??


Assalamualaikum…

Sejak dah clash dengan ex boyfren dulu, sampai sekarang aku tak couple-couple.

Bukan tak ade orang nak, tapi serik nak terlibat dalam serious relationship nie!

Last entry pasal hati. Entry ni pasal serik bercinta pulak. Kalau perasan la, entry ni asyik cite pasal ex la plak!

Orang duk pelik kenapala orang macam aku ni tak couple. Tak percaya pon ade. Ye..Tahu..tahulah tak percaya. Tapi dia tak tahu ke aku ni comel sangat sampai orang takut nak dekat dan sebab tu jugakla sampai sekarang aku single mingle dan pringle. Ok boleh kasi pelempang sekarang! Haha

Dalam aku duk layan frust sesorang kadang2 ade je yang ngorat. Berpuluh sms aku dapat, bermacam2 ayat jiwang aku telan tapi hati tetap sama ja. Sikit pon tak merasa nak terima dieorang. Kenapa ek? Jangan cakap aku Jual mahal, memilih, or wateva k. Sumenya tidak!

Sama ada kita perasan atau tidak, hak untuk couple adalah hak masing2. Kita berhak memilih. it’s depend pada diri masing masing la.



Macam aku, aku takde minat langsung tuk couple. Bukan sebab aku budak skema. Akan tetapi pekataan ‘serik’ yang selalu bermain di kepala otak telah membataskan segalanya.

Aku serik untuk start a new relationship walau aku merasa ada cinta dalam hati. Pada aku mimpi ngeri semalam masih baru dalam memori. Dan aku tak mungkin dengan senang melupakan ia. 

Serik, bila hati kita pernah melalui sebuah kekecewaan yang tidak pernah ada penghujungnya ini. Bercinta gila2 tapi at last boy ke utara, girl pulak ke selatan. Hampeehhh!

Dan kerana aku yakin, jodoh itu telah tertulis maka aku di sini akan setia menanti seorang lelaki yang bakal menjadi imam pada seorang insan seperti aku.

bila kita yakin akan janji allah, kalau perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik dan sebalikya. Means, jodoh itu tak siapa yang tahu. Jodoh itu telah tertulis. Jodoh itu memerlukan kesungguhan dalam pencarian yang berliku.


P/S: Walau jauh mane kita lari, walau di bumi mane kita berada kalau dah tertulis kau untukku dan aku untukmu maka don’t worry. Lambat laun bersama jugak :)…


 Lots of love, izaruldasaki92 :D