Assalamualaikum...
Terjaga aku dari tidur, terus tangan mencapai handphone sambil meneliti jam di skrin. 5 pagi. Jam begini adalah rutin harian aku bangun untuk bersahur.
Tatkala itu, mata sekilas lalu terpandang akan notificataion handphone. I got 3 missed call n yet ada 1 mesej. Membaca mesej itu sahaja telah membuatkan aku hampir terduduk.
"ex clasmate aku telah kembali menemui sang penciptanya"
Saat itu tiada kata yang mampu aku ucap, terkejut dengan berita pemergiannya. Cerita di sebalik itu masih samar2, sampaila aku nekad bukak fecebook tengok dekat wall. Rupanya dia terlibat dalam kemalangan bersama 4 lagi rakan yang lain dan semestinya aku kenal.
Perasaan sedih mula menyelubungi diri. Niat untuk bersahur aku lupakan, seakan -akan tidak ada hati untuk menjamah walau hanya sekeping roti dan air kosong.
Hati aku kosong! tak mampu untuk berfikir. Namun aku gagahkan kaki ke kelas pagi itu.
Berita yang aku dengar ialah dieorang berlima dalam perjalanan dari tanah merah nak balik ke rumah, dekat lebuhraya tanah merah-pasir mas, area kampung Galok berlaku insiden yang meragut nyawa rakan sekelas aku yang mana time tu dia yang drive. Dia meninggal di tempat kejadian manakala 4 lagi rakan-rakan yang lain kritikal dan tidak sedarkan diri di kejarkan ke hospital KB.
Aku terus menunggu khabar yang lain, sambil hati tidak putus mengaharap akan ada kesembuhan buat mereka. Namun ternyata Allah lebih menyayangi mereka. 2 orang lagi pergi dan 2 orang lagi masih kritikal.
Ajal dan maut di tangan tuhan. Aku terima dengan redha. Semoga mereka yang pergi di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman.
lots of love, izaruldasaki :)
No comments:
Post a Comment