Pages

Tuesday, 19 March 2013

::~All about me~::




Assalamualaikum,hai uols ;-) * bajet cam ade orang baca blog ni ! 
erm sejak2 akhir2 ni cam malas betol nak mengupdate blog kan, hoho.  ectely bukan malas la , tapi I’m busy … owh, gues I’m busy for what ?        
            Erm, now tengok pada tajuk la “all about me” k… that’s title akan ‘mendiscribekan’ persoalan tadi, hehe…
·         okla, u can call me syaza, zaza or what so ever la yang korang suka
·         I’m sweet 21 st end of year
·         Kerja ? owh, of cos I’m not… coz I’m still diploma student at UiTM, in banking studies … *erm that’s why I’m busy*  n end of year 2013 I’m finish my job as a student… that’s for sure, insya’Allah I will…
·         I jenis suka kawan ngan sume orang tapi ngan syarat that people ikhlas la nak berkawan…
·         Just a simple person, orang buat baik ngan I then I akan buat benda yang sama jgk, simple kan? Haha, cepat gelakkan I uols…
·         I nie jenis tak suka di konkong k…yup, ofcos la kan sume orang tak suka kena konkong ! fuh, mau tak naik tanduk  I kat insan2 yang cuba mengongkong diri i tu. Hew hew…
·         Bercinta? Ofcos la I pernah… p tu dulu la, skunk da single law bercinta pon ngan buku – buku jela hoho…* panjang citernya n tu story lama, t ad masa I story mory ok
·         I anak ke 2 dari 8  beradik. Wow, giler ramai adik beradik I kan ! haha, tak jadi masalah la sume tu… I epy apa ada big family cam tu n yang penting bahagia J…kan kan?  3 boys 5 girls that is.
·         Cita-cita I ada 3 fasa law uols nak taw… time kecik 2  lue I pernah terpikir nak jadi teacher… tp bila Naik  sekolah menengah terus je I up kan cita2 i, nak jadi lecterur la konon… then, guess what apa cita2 I skunk ni…? erm, terus je bertukar on da spot bila I daftar masuk UiTM taw, maybe corse yang I amek ni sedikit sebanyak mendorong I untuk memilih kerjaya as a‘pegawai bank,hehe…
·         I nie jenis giler masak, apa je resepi baru I mesti nak cuba… lagi giler I nak masak bila hasil masakan dari air tangan sendiri dapat pujian tinggi twin tower tu *well nak jadi isteri mithali kenala pandai masak kan, haha… 
Erm, rasanya cukupla kot sal diri I serba sedikit ada masa I citew lagi… hope korang suka melawat kat blog ni even tak sehebat blogger2 lain…fell free to drop here …till then, k bai…

Thursday, 7 March 2013

Wajib Tahu: Tujuh Kalimah Agung!!



Assalamualaikum


Tengah duk kemas2 buku lam rak ai 2 t’tiba t’nampak 1 note kecil kepunyaan adik. Lam note tu penuh ngan nota2 agama. Pe lagi mula la t’tarik nak m’baca isinya. Helaian demi helaian di selak, t’tiba mata t’pandang tajuk ‘Tujuh kalimah’.

 Erm, juz simple things yang kita  patut taw. Even ia sikit tp still b’manfaat and patut kita amalkan. So, t’detik la lam ati ni nak share. Moga sama2 m’dapat manfaatnya.

Sabda Rasulullah S.A.W : “barangsiapa hafal tujuh kalimat, ia di pandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampunkan dosa-dosanya walau sebanyak buih lauh”.
Antaranya:


1) mengucap Bismillah pada tiap2 hendak m’lakukan sesuatu pekerjaan

2) mengucap Alhamdulillah pada tiap2 selesai m’lakukan sesuatu pekerjaan

3)  mengucap Astaghfirullah jika lidah tersilap menyebut perkataan yang x patut

4) mengucap Insya’ALLAH jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok

5) mengucap Lahaula wala kuwwata illabillah jika menghadapi sesuatu yang tak di sukai n x dingini

6) mengucap Innalillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah

7) mengucap Lailaha illaAllah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam s’hingga tak t’pisah dari lidahnya


Sukarnya Untuk Melupakan Orang Yang Kita Sayang




Assalamualaikum...

Sukarnya melupakan insan yang pernah bertahta di hati satu ketika dahulu. Susahnya mengikis kenangan yang pernah tercipta. Payahnya mengusir bayangan wajah dia dari segenap  ruang hati. Sakitnya bila rindu itu tetap ada, perihnya saat sayang itu hanya tertumpah buat diri dia. 


ya'Allah, bantulah diri ini mengusir jauh bayangan dia dari hati ini. Aku tahu cinta Mu mengatasi segalanya lalu aku memohon izinkan hati ini mencintai Mu tanpa ada cinta insan lain. Izinkan cinta Mu membutakan cinta aku pada diri nya. Sesungguhnya aku ingin hidup dengan cinta Mu yang kekal dan tak pernah ada penghujungnya. 

Kau hadirkan dia untuk menguji sekuat mana hati ini. Melihat sejauh mana diri ini mampu bertahan. Kau hadirkan rasa sayang untuk dia dalam hati ini, dan bila aku mulai jatuh cinta dan sepenuhnya menyayangi dia kau hadirkan aku ujian, dugaan untuk aku mencari siapa diri aku yang sebenarnya. Namun aku tahu, aku percaya pada cinta Mu. Kau hadirkan dia seketika untuk aku percaya tentang kewujudan cinta. Kau tarik balik cinta itu kerana kau takut aku mencintai dia lebih dari aku mencintai Mu ya'allah. 

Sesungguhnya, aku merancang tapi dalam masa yang sama engkau juga turut merancang untuk hamba Mu. Dan semestinya perancangan Mu itu adalah yang terbaik untuk diri ini. Terima kasih ya'allah, kau hadirkan dia yang baik untuk menyedarkan aku bahawa cinta Mu mengatasi segalanya. Kau hadirkan dia untuk aku melihat sebuah cinta yang harus  berlandaskan cinta dan agama Mu.

Aku bersyukur Ya'allah. Kau sedarkan aku bahawa mencintai tak semestinya memiliki. Terkadang mencintai itu adalah merelakan dia pergi. ya'Allah, jagakan dia untuk diri ini. Lindungi dia walau di manapun dia berada. Bantulah aku untuk mengusir baki2 rasa cinta yang masih bersisa terhadap dirinya. Aku hamba Mu yang lemah, lagi hina untuk mencintai seseorang tanpa meletakkan cinta Mu di tempat paling tinggi. 


p/s: mencintai seseorang adalah anugerah terindah. Namun akan tetap indah jika cinta itu kerana allah. Dan melepaskan orang yang kita sayang kerana cinta allah adalah keputusan yang paling tepat kerana satu masa nanti allah akan hadirkan balik rasa cinta itu jika sememangnya telah tertulis di luh mahfuz dia adalah pasangan kita. trust allah decision. lots of love :).