Pages

Friday, 27 September 2013

Life Goes on, With or Without you :)


Assalamualaikum...

It''s almost 3 years dah kita clash. sekarang awak mungkin dah bahagia kan? tapi saya masih di sini, masih merasa kehadiran awk. ok tipu je :P. 

Siapa lah saya untuk terus menanti awak disini. Saya perlu move on. Cari kebahagian untuk diri sendiri. walau sakit melupakan kenangan dan kisah kita, saya perlu kuat. 

sebab saya tahu, "life goes on with or without you" :)

Awak tetap ada dalam hati saya walau hanya sebagai 'stranger'
capital 'D' for sure!
 

 

Saturday, 7 September 2013

♥ Do'a Menghilangkan Rasa Cinta dan Sayang yang tak Perlu♥


♥ Do'a Menghilangkan Rasa Cinta dan Sayang yang tak Perlu♥
( kerana yg kita cinta mgkn sdh memiliki pilihan yg tepat atau sdh menikah dg org lain)

Bismillaahirrahmaanirrahiim,,

... Ya Allah,
aku terima keadaanku yang sukar melupakannya dan masih menyayanginya, maka terimalah aku dan ibadah- ibadahku ( tarik nafas yg dlm perlahan , tahan 3 detik lalu hembuskan sambil istighfar perlahan )

Ya Allah,
aku maafkan hadirnya rasa sayang yang tak layak ini, aku maafkan dirinya yang sulit kulupakan, aku maafkan diriku yang terjebak dalam rasa cinta yang menggelisahkan, maka maafkanlah ia dan maafkanlah aku ( tarik nafas yg dalam perlahan, tahan 3 detik lalu hembuskan sambil istighfar perlahan )

Ya Allah,
aku lepaskan rasa sayang ini dariku, maka lepaskanlah rasa sayang yang tak layak ini dariku, aku adalah aku, rasa sayang kepadanya bukanlah aku. Aku adalah hamba yang hanya bergantung kepada-Mu dan berharap kasih sayang-Mu ( tarik nafas yg dlm perlahan, tahan 3 detik lalu hembuskan sambil istighfar perlahan )

Ya Allah,
aku serahkan urusan hati ini sepenuhnya kepada-Mu , maka serahkanlah ketetapan-Mu yang terbaik kepadaku. Dan sayangilah aku dalam peluk kasih sayang-Mu ( tarik nafas yg dalam perlahan, tahan 3 detik lalu hembuskan sambil istighfar perlahan )

Aamiin ( tarik nafas yang dalam perlahan tahan 3 detik lalu hembuskan sambil ucapkan hamdalah ) (Alhamdulillaahirabbil aalamiin )

( sumber : Ustadz Zain Fuad Abdullah / Kang Zain )

Sahabat saudaraku fillah... Bacalah do'a ini setiap saat agar hati kita tenang terutama setelah shalat fardhu... Dan jangan lupa disertai sholat, dzikir dan tilawah Al- Qur'an dan do'a do' a yang lain...semoga bermanfaat.



Tuesday, 23 July 2013

Perginya Sahabat Lama :(


Assalamualaikum...

Terjaga aku dari tidur, terus tangan mencapai handphone sambil meneliti jam di skrin. 5 pagi. Jam begini adalah rutin harian aku bangun untuk bersahur.

Tatkala itu, mata sekilas lalu terpandang akan notificataion  handphone. I got 3 missed call n yet ada 1 mesej. Membaca mesej itu sahaja telah membuatkan aku hampir terduduk. 

"ex clasmate aku telah kembali menemui sang penciptanya"

Saat itu tiada kata yang mampu aku ucap, terkejut dengan berita pemergiannya. Cerita di sebalik itu masih samar2, sampaila aku nekad bukak fecebook tengok dekat wall. Rupanya dia terlibat dalam kemalangan bersama 4 lagi rakan yang lain dan semestinya aku kenal.

Perasaan sedih mula menyelubungi diri. Niat untuk bersahur aku lupakan, seakan -akan tidak ada  hati untuk menjamah walau hanya sekeping roti dan air kosong. 

Hati aku kosong! tak mampu untuk berfikir. Namun aku gagahkan kaki ke kelas pagi itu. 

Berita yang aku dengar ialah dieorang berlima dalam perjalanan dari tanah merah nak balik ke rumah, dekat lebuhraya tanah merah-pasir mas, area kampung Galok berlaku insiden yang meragut nyawa  rakan sekelas aku yang mana time tu dia yang drive. Dia meninggal di tempat kejadian manakala 4 lagi rakan-rakan yang lain kritikal dan tidak sedarkan diri di kejarkan ke hospital KB.

Aku terus menunggu khabar yang lain, sambil hati tidak putus mengaharap akan ada kesembuhan buat mereka. Namun ternyata Allah lebih menyayangi mereka. 2 orang lagi pergi dan 2 orang lagi masih kritikal.

Ajal dan maut di tangan tuhan. Aku terima dengan redha. Semoga mereka yang pergi di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman.

lots of love, izaruldasaki :)