Pages

Wednesday, 12 September 2012

Kalaulah Aku Setabah kamu, Tapi...tidak!



assalamualaikum

Andai air mata mampu menghilangkan rasa sedih yang membelenggu diri, maka aku akan menangis sepuas-puasnya…

Andai kelukaan itu boleh di hapuskan dengan kata- kata, maka aku akan berbicara tanpa henti...

Andai kenangan itu bisa di hapuskan dengan rintik hujan, maka aku akan sentiasa menanti saat itu tiba…

Dan andainya aku di beri pilihan, maka aku akan memilih untuk tidak mengenali diri mu...never!

Tahukah kamu,
saat dan ketika ini aku sedang belajar untuk melupakan diri mu…

Tahukah kamu , saat dan ketika ini aku mencuba untuk menghapuskan segala hal yang berkaitan dengan mu…

Tahukah kamu , saat dan ketika ini aku cuba melupakan kenangan yang pernah terukir antara kita…

Kerana pada ketika ini, aku cuba mengumpul segala kekuatan untuk teruskan hidup tanpa adanya bayangan mu lagi…

Aku mulai sedar, cinta manusia bukan segala-galanya..mencintai kamu telah membuatkan perasaan ini terdera..


Monday, 10 September 2012

<" Pengorbanan demi sebuah kebahagiaan">



Terus melangkah dan melupakan dirimu..
Yup!!
Itulah hal pertama yang harus aku lakukan saat ini..
Kerana aku xingin saat berdepan dengan dirimu di hati ini masih lagi tersimpan namamu..dan aku juga xingin mencintai dirimu yang mungkin telah mencintai insan lain..
Kali ini aku harus menghapus namamu di hati, mengusir jauh perasaan yang pernah ada hati ini..
Saat ini kau bukan lagi masa lalu aku,
Bukan lagi untuk aku jadikan tempat berteduh saat hujan turun,
Bukan lagi dahan untuk aku berpaut saat diri xterdaya..
Sedari, jodoh xmungkin berpihak pada kita…
Aku juga terpaksa tinggalkan memori semalam,
Untuk  aku  teruskan hidup tanpa dirimu,
Tanpa ada lagi cinta
Dan
rindu buat dirimu…
Sesungguhnya aku xingin masa lalu kita menghantui masa hadapan
Biarlah masa dan waktu menghapus bayanganmu di hati..
Aku harus lepaskan segala-galanya..
Meskipun terlalu sukar namun aku harus belajar, belajar menerima ketentuan hidup…
Saat cintamu harus aku buang jauh, hati ini menangis pedih namun aku perlu kuatkan hati..
pinggirkan kesedihan, dan kesepian yang mungkin menemaniku sebelom aku dapat melupakanmu..
cinta yang hadir saat ni belom layak untuk aku rasakan..belom tentu akan kekal bertahan sampai akhir nanti..
aku lepaskan kau pergi dengan rela hati tanpa ada secalit pown dendam,
aku biarkan hati ini menangis sendiri kerana aku tahu cinta itu perlukan pengorbanan..
kita belajar dari pengalaman masa lalu dimana kau dan aku telah lalui bersama
1 waktu dulu..
Dirimu terlalu sempurna untuk aku miliki,
Cinta mu terlalu suci untuk aku perlekehkan
Kerana mencintaimu telah menemukan aku dengan cinta NYA..
Sesungguhnya,
Aku bersyukur mengenalimu,
biarpown bahagia hanya seketika untuk aku rasakan namun ia sudah cukup buat diriku..
pada-NYA  aku memohon agar melontar jauh bayangmu agar aku mampu hidup bahagia tanpa cinta mu lagi..
note: aku yang terpaksa melupakanmu..sungguh pun mencintaimu adalah satu anugerah buat diri ini..kamsahanida 

Sunday, 9 September 2012

'Never cry...let it go tayunk! ^_^'..



assalamualaikum

Jangan pernah sesekali kita bersedih atas sesuatu hal yang menimpa kita di masa lalu, bukalah pintu kemaafan dan menerimanya dengan hati yang  IKHLAS…

apa yang berlaku biarlah ia berlalu pergi seperti sehelai daun yang jatuh ke tanah apabila usianya matang, lalu  ditiup angin dan membawanya jauh dari dahanhya, walaupun terluka namun ia pergi tanpa meninggalkan sebarang kesan…

begitulah jua kita, walaupun disakiti namun jagan pernah berdendam dan jangan pernah kita melatah dan kembali membangkitkan hal tersebut kerana pada akirnya kita hanya akan merasa hampa dan kecewa… 
jangan pernah kita merasa putus asa dan kecewa apabila hajat dan impian kita tidak tertunai, yakinlah bahawa pada saat itu Allah s.w.t sedang mangatur sesuatu yang lebih baik untuk kita.. mungkin jua Allah s.w.t ingin menggantikan si dia dengan seseorang yang lebih baik dari yang sebelomnya..

biaralah dia pergi kerana kita tidak akan keseorangan di dunia sepi ini , sesungguhnya Allah s.w.t tetap ada untuk kita…

sedarlah kita,  cinta kepada manusia tidak akan  pernah kekal, yang kekal hanya cinta  kepada Allah… 

“renunglah ke hadapan untuk mencari segumpal semangat yang telah lama hilang…”

“renunglah ke belakang untuk pedoman dan jadikan ia pengalaman yang berharga untuk terus bangkit…”

“renunglah di sisi kita dan perkukuhkanlah  ukhuwah yang telah lama lesu…”
Dan

 renunglah pada diri, jauh di lubuk hati yang paling dalam, apakah kita telah memeperbetulkan diri kita, menginsafi segala khilaf di atas segala perbuatan kita...

sujudlah pada-NYa  tanda syukur atas segala nikmat yang kita kecapi…

sujudlah pada-NYa  memohon keampuanan,
dan
sujudlah pada-NYa  untuk meminta sesuatu, kerana DIA maha mendengar dan mengasihani..


note: di sebalik tangisan itu pasti ada sebuah kebahagiaan, di sebalik tangisan itu pasti ada sebuah senyuman dan sebalik tangisan itu akan ada satu anugerah…
Maybe I'm too late to be your first. But right now, I'm preparing myself to be your last..hek3..