assalamualaikum
Andai air mata mampu menghilangkan rasa sedih yang membelenggu diri, maka aku akan menangis sepuas-puasnya…
Andai air mata mampu menghilangkan rasa sedih yang membelenggu diri, maka aku akan menangis sepuas-puasnya…
Andai kelukaan itu boleh di hapuskan dengan
kata- kata, maka aku akan berbicara tanpa henti...
Andai kenangan itu bisa di hapuskan dengan
rintik hujan, maka aku akan sentiasa menanti saat itu tiba…
Dan andainya aku di beri pilihan, maka aku akan
memilih untuk tidak mengenali diri mu...never!
Tahukah kamu,
saat dan ketika ini aku sedang belajar untuk
melupakan diri mu…
Tahukah kamu , saat dan ketika ini aku mencuba
untuk menghapuskan segala hal yang berkaitan dengan mu…
Tahukah kamu , saat dan ketika ini aku cuba
melupakan kenangan yang pernah terukir antara kita…
Kerana pada ketika ini, aku cuba mengumpul
segala kekuatan untuk teruskan hidup tanpa adanya bayangan mu lagi…
Aku mulai sedar, cinta manusia bukan
segala-galanya..mencintai kamu telah membuatkan perasaan ini terdera..
No comments:
Post a Comment