Pages

Sunday, 9 September 2012

'Never cry...let it go tayunk! ^_^'..



assalamualaikum

Jangan pernah sesekali kita bersedih atas sesuatu hal yang menimpa kita di masa lalu, bukalah pintu kemaafan dan menerimanya dengan hati yang  IKHLAS…

apa yang berlaku biarlah ia berlalu pergi seperti sehelai daun yang jatuh ke tanah apabila usianya matang, lalu  ditiup angin dan membawanya jauh dari dahanhya, walaupun terluka namun ia pergi tanpa meninggalkan sebarang kesan…

begitulah jua kita, walaupun disakiti namun jagan pernah berdendam dan jangan pernah kita melatah dan kembali membangkitkan hal tersebut kerana pada akirnya kita hanya akan merasa hampa dan kecewa… 
jangan pernah kita merasa putus asa dan kecewa apabila hajat dan impian kita tidak tertunai, yakinlah bahawa pada saat itu Allah s.w.t sedang mangatur sesuatu yang lebih baik untuk kita.. mungkin jua Allah s.w.t ingin menggantikan si dia dengan seseorang yang lebih baik dari yang sebelomnya..

biaralah dia pergi kerana kita tidak akan keseorangan di dunia sepi ini , sesungguhnya Allah s.w.t tetap ada untuk kita…

sedarlah kita,  cinta kepada manusia tidak akan  pernah kekal, yang kekal hanya cinta  kepada Allah… 

“renunglah ke hadapan untuk mencari segumpal semangat yang telah lama hilang…”

“renunglah ke belakang untuk pedoman dan jadikan ia pengalaman yang berharga untuk terus bangkit…”

“renunglah di sisi kita dan perkukuhkanlah  ukhuwah yang telah lama lesu…”
Dan

 renunglah pada diri, jauh di lubuk hati yang paling dalam, apakah kita telah memeperbetulkan diri kita, menginsafi segala khilaf di atas segala perbuatan kita...

sujudlah pada-NYa  tanda syukur atas segala nikmat yang kita kecapi…

sujudlah pada-NYa  memohon keampuanan,
dan
sujudlah pada-NYa  untuk meminta sesuatu, kerana DIA maha mendengar dan mengasihani..


note: di sebalik tangisan itu pasti ada sebuah kebahagiaan, di sebalik tangisan itu pasti ada sebuah senyuman dan sebalik tangisan itu akan ada satu anugerah…
Maybe I'm too late to be your first. But right now, I'm preparing myself to be your last..hek3..




No comments:

Post a Comment