Terus melangkah dan melupakan dirimu..
Yup!!
Itulah hal pertama yang harus aku lakukan
saat ini..
Kerana aku xingin saat berdepan dengan
dirimu di hati ini masih lagi tersimpan namamu..dan aku juga xingin mencintai
dirimu yang mungkin telah mencintai insan lain..
Kali ini aku harus menghapus namamu di
hati, mengusir jauh perasaan yang pernah ada hati ini..
Saat ini kau bukan lagi masa lalu aku,
Bukan lagi untuk aku jadikan tempat
berteduh saat hujan turun,
Bukan lagi dahan untuk aku berpaut saat
diri xterdaya..
Sedari, jodoh xmungkin berpihak pada kita…
Aku juga terpaksa tinggalkan memori
semalam,
Untuk
aku teruskan hidup tanpa dirimu,
Tanpa ada lagi cinta
Dan
rindu buat dirimu…
Sesungguhnya aku xingin masa lalu kita
menghantui masa hadapan
Biarlah masa dan waktu menghapus
bayanganmu di hati..
Aku harus lepaskan segala-galanya..
Meskipun terlalu sukar namun aku harus
belajar, belajar menerima ketentuan hidup…
Saat cintamu harus aku buang jauh, hati
ini menangis pedih namun aku perlu kuatkan hati..
pinggirkan kesedihan, dan kesepian yang
mungkin menemaniku sebelom aku dapat melupakanmu..
cinta yang hadir saat ni belom layak
untuk aku rasakan..belom tentu akan kekal bertahan sampai akhir nanti..
aku lepaskan kau pergi dengan rela hati
tanpa ada secalit pown dendam,
aku biarkan hati ini menangis sendiri
kerana aku tahu cinta itu perlukan pengorbanan..
kita belajar dari pengalaman masa lalu
dimana kau dan aku telah lalui bersama
1 waktu dulu..
Dirimu terlalu sempurna untuk aku miliki,
Cinta mu terlalu suci untuk aku
perlekehkan
Kerana mencintaimu telah menemukan aku
dengan cinta NYA..
Sesungguhnya,
Aku bersyukur mengenalimu,
biarpown bahagia hanya seketika untuk aku
rasakan namun ia sudah cukup buat diriku..
pada-NYA
aku memohon agar melontar jauh bayangmu agar aku mampu hidup bahagia
tanpa cinta mu lagi..
note: aku yang terpaksa melupakanmu..sungguh
pun mencintaimu adalah satu anugerah buat diri ini..kamsahanida
No comments:
Post a Comment